X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Peluh mencurah ketika doktor buka PPE

Peluh doktor terkumpul bagaikan air. - Foto The Sun
A
A

XINJIANG - Rakaman seorang doktor yang merawat pesakit koronavirus (Covid-19) dengan peluh mencurah ketika membuka pakaian perlindungan diri (PPE) mengejutkan netizen.

Rakaman itu memberi gambaran betapa sukar dan panasnya petugas perubatan menyarung pakaian berkenaan ketika rawatan dilakukan, lapor The Sun.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan peluh yang terkumpul dalam baju pelindung mengalir ke lantai.

Difahamkan, doktor itu sedang berehat sambil menunggu pertukaran shif di Urumqi, Xinjiang di barat laut China, menurut kenyataan media tempatan.

Beliau dilihat duduk di kerusi sambil menanggalkan penutup plastik biru di kasutnya sebelum menarik seluarnya untuk membuang peluh yang kemudiannya mencurah ke lantai.

Pada Julai lalu, China memperketatkan bandar Urumqi setelah mencatat jangkitan Covid-19 pertamanya dalam tempoh lima bulan.

Pihak berkuasa melancarkan pemeriksaan besar-besaran dan tindakan kuarantin yang ketat selepas didapati ada individu di bandar itu dijangkiti wabak berkenaan.

Beberapa pengguna media sosial mendakwa mereka tidak boleh meninggalkan kediaman dan bandar tersebut, lapor BBC.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!