Polis minta bantuan kesan orang hilang

Ani Abdul Lamat dilaporkan hilang sejak Jun lalu.
Ani Abdul Lamat dilaporkan hilang sejak Jun lalu.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Temong Hulu, Kati di sini sejak Jun lalu.

Ani Abdul Lamat, 50, atau dikenali Joben dalam kalangan penduduk kampung dilaporkan keluar dari rumah pada 5 Jun lalu dan sehingga kini masih gagal ditemui.

Lelaki terbabit hidup secara gelandangan, masih bujang dan tinggal seorang diri.

Kali terakhir dilihat, dia memakai baju dan seluar panjang berwarna gelap dan bertubuh kurus.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan dengan Sarjan Hamdan Othman Dagang di talian 012-5647718 atau Balai Polis Kati 05-7520222.

Artikel Berkaitan: