X

Kindly register in order to view this article
!

Tze Yong calar rekod bersih June Wei

Tze Yong - Foto: FB BAM
A
A

PEMAIN pelapis perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meleburkan rekod tanpa kalah rakan sepasukan, Cheam June Wei pada saingan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 2020 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

June Wei yang menang empat perlawanan sebelum ini, gagal menandingi ketangkasan Tze Yong apabila tewas 12-21, 15-21.

Bagaimanapun, kekalahan itu tidak memberi kesan kepada June Wei yang layak ke final Ahad ini dengan empat kemenangan daripada lima perlawanan.

Beliau akan menentang Tze Yong atau Leong Jun Hao pada final.

Tze Yong dan Jun Hao akan memburu slot final apabila mereka berentap pada perlawanan terakhir pusingan ‘round-robin’ esok.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan untuk mara ke final dengan menentang pemain pelapis negara, Eoon Qi Xuan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!