X

Kindly register in order to view this article
!

Serpihan tulang 1,500 manusia ditemui di tapak pembinaan

Serpihan tulang tersebut ditemui dalam pelbagai cara pengebumian. - Foto: Agensi
A
A

OSAKA - Penyelidik di Jepun membuat penemuan menggemparkan serpihan tulang kira-kira 1,500 individu di sebuah tapak pembinaan stesen kereta api di Osaka, Jepun.

Menurut laporan SoraNews24, lokasi stesen tersebut terletak di daerah Umeda.

Kawasan tersebut dipercayai sebuah tanah perkuburan yang digelar Umeda Haka, salah sebuah kawasan perkuburan utama di Osaka yang pernah digunakan ketika Zaman Edo (1603-1868) dan Zaman Meiji (1868-1912).

Kesemua serpihan tulang itu turut ditemui dalam pelbagai cara pengebumian termasuk menggunakan keranda kayu, bekas terbuka seperti tong dan keranda penyu (kameganbo).

Sebahagian daripadanya ditanam bersama pelbagai objek seperti boneka tanah liat dan paip.

Selain itu, mereka juga menemui set wang syiling (rokusenmon) berdasarkan kepercayaan masyarakat pada zaman dahulu yang digunakan untuk 'membayar' laluan melintasi sungai Sanzu selepas kehidupan sesudah mati.

Penyelidik turut menemui kubur besar yang dipercayai mengandungi mayat mangsa wabak.

Difahamkan, ia merupakan penemuan terbesar di Osaka selepas kira-kira 200 serpihan tulang dijumpai pada 2017. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!