Lagi negara Arab bakal ikut jejak langkah UAE

Jared Kushner
Jared Kushner
A
A
A

WASHINGTON - Penasihat Kanan Rumah Putih, Jared Kushner menjangkakan sebuah lagi negara Arab bakal memeterai perjanjian damai dengan Israel dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas Tel Aviv dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menormalkan hubungan diplomatik mereka.

"Saya percaya ia adalah peluang yang sangat baik," kata menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tersebut ketika disoal sama ada perkembangan sama dapat dilihat dalam tempoh 90 hari akan datang atau menjelang Pilihan Raya Presiden AS 2020 pada November depan.

Kushner turut menolak kecaman Palestin terhadap Perjanjian Abraham tersebut dan menyatakan beliau sudah menjangkakan respons sedemikian selepas bapa mertuanya membuat pengumuman tentang perkara itu.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Negara, Robert O'Brien juga senada dengan Kushner.

"Kami percaya ada negara Arab lain yang akan mengikut jejak langkah UAE," katanya yang memuji Trump atas 'kejayaan' tersebut dan menyatakan beliau kononnya wajar diberikan Hadiah Nobel Keamanan atas usaha tersebut.

Menurutnya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan wakil dari Abu Dhabi dijemput untuk menyertai majlis menandatangani Perjanjian Abraham tersebut secara rasmi di Rumah Putih. - AFP

Artikel Berkaitan: