Kewangan TH sakit sejak 2015: Mujahid

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kiri) bersemuka dengan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dalam program Berani Semuka yang dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar di Kumpulan Media Karangkraf malam ini. FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

A
A
A

SHAH ALAM - Pemberian hibah yang tidak sepadan dengan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) menjadi antara sebab Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan penstrukturan semula institusi kewangan Islam itu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ia menjadi salah satu perkara besar yang disenaraikan dalam surat daripada Gabenor Bank Negara kepada TH sejak 2015.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada tindakan drastik diambil sehingga PH mengambil alih kerajaan.

"Sejak 2015 hingga 2017, kewangan TH masih dalam keadaan tidak sihat. Sebab itu, apabila PH ambil alih, kami perkenalkan penstrukturan semula untuk selamatkan TH dengan dana RM20 bilion.

"Kita keluarkan hibah 2.5 peratus juga untuk selamatkan TH," katanya pada gelanggang program Berani Semuka di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini malam ini.

Program itu mempertemukan beliau bersama bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Artikel Berkaitan: