Aktivis demokrasi terkenal Thailand ditahan

Parit Chiwarak
Parit Chiwarak
A
A
A

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand hari ini menahan aktivis demokrasi terkenal yang didakwa terlibat dalam protes menuntut pembaharuan kerajaan, Perlembagaan baharu dan pindaan undang-undang yang mengehadkan kuasa monarki.

Penahanan Parit Chiwarak yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook memaparkan polis turut membacakan beberapa dakwaan yang dikemukakan terhadapnya sebelum dia dibawa ke sebuah kereta.

"Saya mengesahkan Parit sudah diberkas. Tuduhan yang dikenakan ke atasnya berkaitan demonstrasi pada 18 Julai lalu," kata Mejar Jeneral, Somprasong Yentaum merujuk kepada perhimpunan terbesar yang diadakan pada hari tersebut.

Difahamkan, penahanan Parit atau dikenali sebagai Penguin itu adalah individu ketiga dalam tempoh seminggu selepas penangkapan dua individu yang berdepan tuduhan sama termasuk menghasut dan melanggar peraturan koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, kedua-dua penganjur protes antikerajaan itu telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Difahamkan, protes yang mendapat inspirasi daripada gerakan demokrasi di Hong Kong itu menyaksikan siri tunjuk perasaan dipimpin pelajar menyuarakan bantahan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha. - AFP

Artikel Berkaitan: