Dua beradik kembar ditahan kes rogol bergilir-gilir

Polis berkas tujuh lelaki tempatan berusia lingkungan 19 hingga 24 tahun diberkas malam semalam.
Polis berkas tujuh lelaki tempatan berusia lingkungan 19 hingga 24 tahun diberkas malam semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua adik-beradik kembar antara tujuh suspek yang dicekup selepas dipercayai terlibat merogol seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah rumah di Sungai Way, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada awalnya mangsa yang mengenali suspek utama melalui aplikasi WhatsApp telah dibawa bersiar-siar dengan motosikal ditemani dua lagi rakan suspek di Shah Alam.

Menurutnya, suspek kemudian telah membawa mangsa ke Klang untuk mengambil barang sebelum diberitahu bahawa salah seorang rakan suspek cedera dalam kemalangan.

"Mangsa kemudian telah diminta suspek untuk mengikutnya pulang ke rumah bagi membantu mencuci luka rakannya itu sebelum diarah masuk ke dalam bilik.

"Bagaimanapun mangsa yang meronta dan cuba melepas diri dipegang dan ditutup mulut sebelum dirogol secara bergilir-gilir. Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah oleh salah seorang suspek terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang pada Selasa lalu.

Katanya, bertindak atas maklumat, tujuh lelaki tempatan berusia lingkungan 19 hingga 24 tahun diberkas di rumah terbabit kira-kira jam 9.30 malam semalam.

"Siasatan awal mendapati suspek pertama dan kedua merupakan adik-beradik kembar dan mengaku terlibat dalam kejadian itu. Dua suspek itu dan seorang lagi suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Artikel Berkaitan:

"Polis telah merampas tujuh telefon bimbit serta sebuah motosikal milik suspek pertama," katanya.

Kesemua suspek telah direman lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.