Warga asing sesat di Bukit Fraser

Anggota bomba berjaya membawa turun kesemua mangsa yang sesat di Pines Tree Trail, Bukit Fraser di sini semalam.
Anggota bomba berjaya membawa turun kesemua mangsa yang sesat di Pines Tree Trail, Bukit Fraser di sini semalam.
A
A
A

RAUB - Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa 12 jam untuk menyelamatkan lima warga asing yang tersesat di Pines Tree Trail, Bukit Fraser di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Raub, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob berkata, seramai enam anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, dua lelaki dan masing-masing seorang wanita warga Pakistan, lelaki dari India dan wanita Sri Lanka yang berusia 20 hingga 21 tahun berada dalam keletihan selepas dipercayai tidak membawa bekalan makanan dan minuman ketika mula mendaki pada jam 11 pagi.

Operasi ketika menyelamatkan dan membawa turun lima warga asing malam tadi
Operasi ketika menyelamatkan dan membawa turun lima warga asing malam tadi

"Operasi mengambil masa kira-kira 12 jam kerana ribut. Empat jam masa mendaki sebelum tiba pada jam 11 malam dan mengambil masa 45 minit untuk membawa kesemua mereka turun.

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, mangsa dibawa ke Klinik Bukit Fraser untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: