Amazon lancar perkhidmatan farmasi dalam talian di India

Amazon melancarkan perkhidmatan farmasi dalam talian di India hari ini. - Foto Agensi
Amazon melancarkan perkhidmatan farmasi dalam talian di India hari ini. - Foto Agensi
A
A
A

MUMBAI - Firma teknologi gergasi Amerika Syarikat, Amazon hari ini melancarkan perkhidmatan farmasi dalam talian sebagai usaha merebut pasaran e-dagang yang semakin berkembang di negara itu.

Ketika ini, Amazon turut bersaing dengan Flipkart dan JioMart yang disokong Walmart serta dimiliki individu terkaya di Asia, Mukesh Ambani.

Pelanggan di Bengaluru, hab teknologi maklumat (IT) kini boleh membeli ubat dan peralatan asas kesihatan daripada penjual yang diperakui oleh Amazon India.

"Perkhidmatan ini sangat relevan pada masa sekarang kerana ia membantu pelanggan mendapatkan ubat-ubatan penting walaupun dari rumah," ujar firma itu dalam satu kenyataan.

Difahamkan, firma kepunyaan individu terkaya di dunia, Jeff Bezos itu akan melancarkan projek perintis tersebut di bandar lain di India.

Amazon sudah menawarkan perkhidmatan farmasi dalam talian di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah lain serta mendaftarkan tanda dagangan 'Amazon Pharmacy' di tempat lain.

Pasaran kesihatan digital India diramalkan melonjak daripada kira-kira AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) pada tahun kewangan semasa kepada AS$25 bilion (RM104 bilion) menjelang 2025. - AFP

Artikel Berkaitan: