X

Kindly register in order to view this article
!

Harga petrol RON95, RON97 naik 5 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen manakala diesel naik tiga sen bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2020.
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen manakala diesel naik tiga sen bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel RM1.82.

“Kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!