Covid-19: Singapura catat 83 kes baharu, sifar dalam komuniti

Tiada kes positif baharu dikesan dalam komuniti di Singapura hari ini.
Tiada kes positif baharu dikesan dalam komuniti di Singapura hari ini.
A
A
A

SINGAPURA - Singapura dalam laporan awalannya mengesahkan tambahan 83 kes jangkitan koronavirus (Covid-19) tanpa melibatkan kes dalam komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 55,580.

Bagaimanapun, mengikut data ringkas dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini terdapat empat kes import telah dikenakan Notis Tinggal di Rumah, sebaik tiba di republik itu.

Majoriti besar kes hari ini merupakan pekerja asing yang kini berada di dalam kuarantin.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Khamis, kementerian itu menyatakan terdapat 21,700 pekerja yang masih menjalani tempoh kuarantin.

Pekerja ini akan diuji apabila tempoh kuarantin mereka tamat, dan kami menjangkakan jumlah kes akan kekal tinggi pada beberapa hari yang akan datang, sebelum berkurangan selepas itu,” menurut kenyataan tersebut.

Sehingga tengah hari semalam, republik itu telah mengklasifikasikan 780 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,201 kes komuniti dan 52,516 kes penghuni asrama pekerja asing.

Sejumlah 50,736 pesakit atau 91 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, telah pulih sepenuhnya dari jangkitan dan telah didiscaj daripada hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Sementara itu, 91 kes yang disahkan masih ditempatkan di hospital, namun tiada yang berada di unit rawatan rapi.

Artikel Berkaitan:

Sejumlah 4,643 pesakit yang mempunyai gelaja ringan, atau secara klinikalnya sihat tetapi masih diuji positif Covid-19, telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik tersebut.

Tiada kluster baru dikenal pasti semalam dan 10 lagi kluster telah ditutup. - Bernama