X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 135,123

A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 135,123 kes, manakala 75,527 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,307 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 53 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,021 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 28,299 kes, diikuti Jawa Timur (26,979) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,967 orang, diikuti Jakarta (974), Jawa Tengah (774), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!