BNM pindah fungsi SPPK kepada AKPK

BNM memberi sokongan sepenuhnya kepada AKPK untuk melaksanakan mandatnya bagi meningkatkan daya tahan PKS.
BNM memberi sokongan sepenuhnya kepada AKPK untuk melaksanakan mandatnya bagi meningkatkan daya tahan PKS.
A
A
A

BERMULA 1 September ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan menjadi platform sehenti untuk individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk mikro untuk mendapatkan perkhidmatan penstrukturan hutang, pendidikan dan nasihat kewangan, menurut Bank Negara Malaysia.

Katanya, langkah tersebut dibuat berikutan perpindahan fungsi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Justeru, jelasnya, AKPK kini boleh memberikan perkhidmatan penstrukturan hutang dan khidmat nasihat yang lebih cekap dan holistik kepad PKS yang mempunyai pinjaman dengan beberapa bank.

“AKPK berada pada kedudukan baik untuk menjalankan fungsi ini memandangkan kepakaran dan pengalamannya yang luas dalam membantu individu berdepan masalah kewangan menguruskan kewangan mereka melalui Program Pengurusan Hutan tersusun.

“AKPK juga memainkan peranan yang penting dalam memperkukuh kemampuan kewangan rakyat Malaysia melalui program pendidikan dan kaunseling yang sesuai mengikut individu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BNM menjelaskan, PKS yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman pada masa hadapan juga boleh menghubungi AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam menyusun pelan pembayaran balik yang sesuai dengan bank mereka.

Tambahnya, PKS juga akan mendapat akses yang mudah dan selesa ke SPPK melalui saluran dalam talian dan rangkaian 12 cawangan AKPK di seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, BNM menjelaskan, PKS yang masih menghadapi kesukaran untuk membayar obligasi pinjaman merekasehingga berakhirnya moratorium pada September ini diminta mendapatkan nasihat awal mengenai pembayaran balik daripada bank masing-masing.

Artikel Berkaitan:

“SPPK di bawah AKPK merupakan saluran tambahan kepada PKS untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai penstrukturan dan penjadualan semula hutang yang melengkapkan usaha industri perbankan dalam memberikan bantuan kepada PKS yang menghadapi masalah kewangan.

“BNM memberi sokongan sepenuhnya kepada AKPK dalam melaksanakan mandatnya yang telah diperluas untuk meningkatkan daya tahan PKS dari segi kewangan dan seterus menyumbang kepada kestabilan kewangan yang lebih menyeluruh,” katanya.