X

Kindly register in order to view this article
!

Selepas Tawar, kini Kluster Muda dikesan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media berkaitan perkembangan penularan wabak COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Selepas Sivagangga dan Tawar, Kedah sekali lagi mencetuskan kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Muda yang dikesan di Kuala Muda.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster itu iaitu kes ke-9114 membabitkan anggota polis lelaki.

"Kes yang dilaporkan positif Covid-19 hari ini merupakan rakan sekerja kepada kes indeks," katanya.

Menurutnya, susulan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan semalam.

"Sehingga hari ini, seramai 124 kontak rapat kes indeks telah disaring," katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif, lima negatif dan 117 masih menunggu keputusan.

"Kesemua kes bagi kluster membabitkan warga tempatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang dikenal pasti.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!