UM Metro kekal universiti swasta terbaik di Sumatera

Universiti Muhammadiyah Metro (UM Metro) kekal di kedudukan teratas sebagai universiti swasta terbaik di Sumatera, Indonesia.
Universiti Muhammadiyah Metro (UM Metro) kekal di kedudukan teratas sebagai universiti swasta terbaik di Sumatera, Indonesia.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Muhammadiyah Metro (UM Metro) kekal di kedudukan teratas sebagai universiti swasta terbaik di Sumatera, Indonesia menerusi laporan kedudukan yang dikeluarkan oleh Webomatrics.

Dalam edisi terbaru Webomatrics yang dikeluarkan pada Julai 2020, UM Metro berjaya mendapat mata bagi kedudukan kehadiran iaitu 3,221, kedudukan impak (3,882), kedudukan keterbukaan (3,560) dan kedudukan kecemerlangan (6,528).

Institusi pengajian tinggi itu berada pada kedudukan keempat daripada 167 Perguruan Tinggi Muhammadiyah dan Aisyiyah (PTMA) di seluruh Indonesia.

Rektor UM Metro, Drs H Jazim Ahmad berkata, pencapaian tersebut merupakan hasil daripada kerja keras semua komuniti akademik dan pihak berkepentingan.

"Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat kini berkembang pesat menyebabkan keperluan untuk mendapatkan maklumat lebih tinggi.

"Sehubungan itu, UM Metro menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan akademik berasaskan digital yang tentunya disokong oleh sumber daya manusia yang unggul dan infrastruktur mencukupi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Webomatrics merupakan sebuah agensi penarafan antarabangsa yang mengeluarkan laporan dua kali setahun bagi mengukur kedudukan 2,693 institusi pendidikan di Indonesia termasuk semua universiti terbaik di seluruh dunia.

Pada Januari lalu, Webometrics turut mengiktiraf UM Metro sebagai institusi swasta terbaik pertama di Wilayah Sumatera Selatan yang terdiri daripada Bengkulu, Lampung dan Bangka Belitung.

Artikel Berkaitan:

Pencapaian kedudukan yang dilaporkan oleh Webometrics turut menggambarkan aktiviti sesebuah institusi pengajian tinggi.