X

Kindly register in order to view this article
!

Penilaian semula kajian risiko sebelum laksana TEMCO di Tawar, Baling

Dr Adham
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan penilaian semula kajian risiko terhadap Mukim Tawar, Baling, Kedah sebelum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penilaian tersebut bagi membolehkan persediaan dilakukan.

Menurutnya, penilaian semula dan persediaan perlu dibuat di Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah dan dipengerusikan oleh Menteri Besar.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri belum boleh mengumumkan TEMCO sebaliknya kuasa itu daripada MKN dan kerajaan Pusat yang akan diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.

Beliau ditemui media selepas melancarkan kempen pembayaran kad ATM MyDebit di hospital kerajaan dan klinik kesihatan di kementeriannya di sini hari ini.

Dr Adham juga memberitahu sudah maklum mengenai peningkatan kes di Kedah yang membabitkan pertambahan kawasan kuning hari ini dan semalam di Padang Maheja di Kulim, Baling, Mukim Tawar dan Kuala Muda.

"Kes baharu iaitu Kluster Tawar ini bermula di lokasi upacara pengebumian di Bukit Mertajam," katanya.

Semalam KKM mengisytiharkan Kluster Tawar selepas sembilan sekeluarga disahkan positif Covid-19.

Terdahulu Adham berkata, bilangan pesakit berbayar di fasiliti KKM seramai 37.48 juta pada tahun 2019.

Menurutnya, KKM dengan kerjasama PayNet melancarkan kempen pembayaran dengan kad ATM MyDebit selepas kehadiran pesakit yang semakin meningkat.

Kempen pembayaran kad ATM MyDebit berlangsung selama enam bulan bermula 1 Julai lalu.

Mereka yang membuat pembayaran menggunakan kaedah itu dalam tempoh kempen berkenaan berpeluang memenangi motosikal Yamaha Y15ZR dan 50 pemenang lain bakal memenangi hadiah bulanan RM100.

Kempen tersebut bertujuan memupuk masyarakat tanpa tunai sekaligus dapat mengelakkan risiko penyakit berjangkit termasuk Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!