292 pekerja kilang sandwic positif Covid-19

Gambar fail menunjukkan pekerja-pekerja membuat sandwic di Kilang Greencore, Northampton, Britain. - Foto Greencore
Gambar fail menunjukkan pekerja-pekerja membuat sandwic di Kilang Greencore, Northampton, Britain. - Foto Greencore
A
A
A

NORTHAMPTON - Hampir 300 pekerja di kilang Greencore di Northampton yang membuat sandwic untuk Marks & Spencer (M&S) telah diuji positif pandemik koronavirus (Covid-19), lapor portal berita Sky News semalam.

Pihak pengurusan kilang yang mempunyai kira-kira 2,100 pekerja itu berkata, sebahagian kakitangannya kini mengasingkan diri daripada mendekati orang ramai selepas sejumlah kakitangan disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, seramai 79 pekerja diuji positif melalui ujian Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) sebelum pihak syarikat memutuskan untuk melaksanakan ujian perubatan swasta.

Dalam ujian itu, seramai 213 pekerja diuji positif menjadikan jumlah keseluruhan yang mendapat jangkitan penyakit tersebut ialah 292 orang.

Pihak pengurusan syarikat Greencore memberitahu Sky News, syarikat tersebut masih menunggu beberapa keputusan ujian.

Seorang jurucakap kilang itu mengesahkan bahawa kurang 100 pekerja yang belum mendapat keputusan ujian Covid-19.

Kilang tersebut merupakan antara pengeluar sandwic terbesar di dunia apabila membuat hampir empat juta sandwic setiap minggu di beberapa buah kilangnya untuk pasar raya, syarikat penerbangan, rangkaian kedai kopi dan syarikat penyedia makanan. - Agensi

Artikel Berkaitan: