Mencari ibu kandung Mohammad Syafiq

Mohammad Syafiq
Mohammad Syafiq
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor mencari ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki, Mohammad Syafiq Abdullah, 11, bagi membantu prosedur dokumentasi pengambilan anak angkat.

JKM Daerah Kuala Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, ibu kanak-kanak itu dikenali sebagai Zuraidah Mohd Suki, beralamat terakhir di Kampung Bukit Kuching, Jeram.

Menurutnya, wanita berkenaan menyerahkan kanak-kanak itu kepada JKM Daerah Kuala Selangor pada usia seminggu.

"Pada masa sekarang, kanak-kanak ini dalam perintah jagaan orang yang layak dan sesuai di bawah perintah mahkamah seksyen 19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kini penjaga kanak-kanak tersebut berhasrat mengambil Mohammad Syafiq sebagai anak angkat setelah menjaganya sejak dua tahun lalu.

"Sehubungan itu, ibu kandung atau waris terdekat diminta menghubungi Fauziah Salleh di talian 017-284 7256.

"Kanak-kanak ini akan didaftarkan sebagai anak angkat dengan Jabatan Pendaftaran Negara jika ibu kandung tidak menuntut kanak-kanak tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: