Asri sifatkan kejadian berlaku ada rahmatnya

Mohd Asri (tengah) bersama peguamnya keluar dari Bukit Aman, Kuala Lumpur kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.
Mohd Asri (tengah) bersama peguamnya keluar dari Bukit Aman, Kuala Lumpur kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peniaga burger, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut menganggap segala kejadian yang berlaku termasuk kontroversi beliau berhubung isu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan ketentuan daripada ALLAH.

Mohd Asri berkata, beliau sebaliknya bersyukur kerana terdapat rahmat di sebalik pendedahan beliau berhubung isu rasuah di Sungai Buloh, Selangor.

"Apa yang berlalu datang daripada ALLAH. Yang bagi niaga itu ALLAH, yang nak jadikan kita gagal juga daripada ALLAH. Yang nak jadikan hujan, angin dan ribut juga daripada ALLAH, bukan daripada saya.

"Bila berlaku kejadian ini, ALLAH nak bagi kita dua perkara iaitu satu nak naikkan 'makam' (darjat) kita dan kedua nak ampunkan dosa kita.

"Kita kena sabar dan reda. Ini rahmat untuk kita. Kebaikannya kini Sungai Buloh bebas daripada kegiatan mesin judi dan maksiat yang bertahun-tahun bertapak di situ. Ini satu pengajaran untuk kita," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Bukit Aman di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh polis, tentera tak solat: Asri Janggut tiba di Bukit Aman

Hina polis, ATM: Bukit Aman buka dua kertas siasatan wawancara Asri Janggut

Asri Janggut mohon maaf tuduh polis, tentera tidak jaga solat

Bukit Aman siasat kenyataan Asri Janggut hina polis, ATM

Mohd Asri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meroboh dan menyita beberapa premis perniagaan haram yang beroperasi di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh baru-baru ini.

Terdahulu, beliau bersama peguamnya, Datuk Shaharudin Ali dan Ahmad Amzar Ahmad Azlan tiba di Bukit Aman kira-kira jam 10.25 pagi sebelum keluar pada jam 12.50 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Mohd Asri (kiri) yang ditemani peguamnya tiba di Bukit Aman, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.25 pagi tadi.
Mohd Asri (kiri) yang ditemani peguamnya tiba di Bukit Aman, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.25 pagi tadi.

Mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai MBSA yang dipercayai terlibat rasuah melindungi premis haram di Sungai Buloh, Asri berkata, itu merupakan satu anugerah kepada semua.

"Kemenangan untuk rakyat. Sebenarnya ALLAH sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya," katanya.

Dalam pada itu, Shaharudin berkata, proses merekodkan keterangan Mohd Asri mengambil masa satu jam setengah. Proses itu akan bersambung pada jam 3 petang ini.

"Perkembangan terbaharu, kita sudah terima surat rasmi daripada Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang menerima permohonan maaf Mohd Asri.

"Saya mewakili pihak Mohd Asri memohon jasa baik Ketua Polis Negara untuk berbesar hati dalam melakukan perkara sama seperti Panglima (ATM). Perkara ini bukan perkara besar. Ia seolah-olah mengingat antara orang Islam sentiasa menjaga solat

"Tapi mungkin perkataan digunakan anak guam saya tidak sesuai dan dipandang serong," katanya.