Maqis rampas kontena bawa daun cincau kering

Guni yang mengandungi daun cincau kering yang disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) Rabu lalu.
Guni yang mengandungi daun cincau kering yang disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) Rabu lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menahan sebuah kontena yang membawa masuk dagangan dried jelly grass (daun cincau kering) di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT), di sini Rabu lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, daun cincau kering seberat 2,000 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM25,452.00 itu ditemui semasa pemeriksaan rutin dilakukan ke atas sebuah kontena yang masuk dari Indonesia.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kontena tersebut diimport tanpa mempunyai dokumen import yang sah seperti permit import yang dikeluarkan oleh Maqis.

"Pemeriksaan di dalam kontena terbabit menemui 100 guni daun cincau kering yang mana setiap guni dianggarkan seberat 20 kg.

"Kesemua dagangan tersebut telah disita untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pegawai Maqis melakukan pemeriksaan pada barang dagangan yang disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) Rabu lalu.
Pegawai Maqis melakukan pemeriksaan pada barang dagangan yang disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) Rabu lalu.

Zarina berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama.

Katanya, sabit kesalahan pemilik barangan dagangan berkenaan boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum enam (6) tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Maqis mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Daun cincau kering yang dibawa masuk dari Indonesia disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) Rabu lalu.
Daun cincau kering yang dibawa masuk dari Indonesia disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) Rabu lalu.