X

Kindly register in order to view this article
!

Presma buntu rekrut pekerja tempatan

Sebahagian daripada ahli Presma di Perak yang turut sama menyediakan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sentiasa berusaha untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan walaupun sukar mendapat sambutan daripada golongan berkenaan.

Presma melalui kenyataan di laman rasmi Facebooknya berkata, kempen iklan jawatan kosong bagi warganegara Malaysia sebagai pekerja restoran merupakan salah satu kempen yang kerap dijalankan oleh ahli-ahli.

Menurutnya, usaha itu bagaimanapun menemui jalan buntu apabila kurangnya minat dalam kalangan warganegara tempatan untuk bekerja di sektor restoran.

“Namun usaha ini masih kami teruskan demi menyokong saranan kerajaan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan paandemik Covid19 apabila ramai yang kehilangan pekerjaan.

“Apa yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha kami membantu kerajaan dalam mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, apabila kurangnya sambutan daripada kalangan warganegara menyebabkan para peniaga restoran pula menghadapi masalah kekurangan pekerja yang amat serius.

“Malah ada dalam kalangan pengusaha restoran terpaksa mengehadkan waktu perniagaan mereka dan tidak kurang juga ada peniaga yang mengambil keputusan untuk menghentikan operasi perniagaan mereka serta-merta.

“Justeru kami amat berharap satu respons yang serius daripada pihak kerajaan bagi menangani isu ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!