Mobile River Service pastikan masyarakat pedalaman terima bantuan

Arthur Joseph Kurup
Arthur Joseph Kurup
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan melaksanakan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak: Mobile River Service untuk masyarakat pedalaman di Sabah bagi memastikan mereka tidak tercicir menerima bantuan yang disediakan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam berkata, Mobile River Service merupakan himpunan perkhidmatan bergerak kerajaan bersasar untuk masyarakat yang tinggal di kawasan sungai dekat pedalaman Sabah.

Ia adalah inisiatif bersama pejabat Arthur Joseph Kurup yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

“Mobile River Service ialah platform bagi membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasar tanpa mengambil kira lokasi dan keberadaan rakyat.

“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyatu dan berkongsi sumber serta kos antara agensi terlibat agar dapat mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan,” menurut kenyataan tersebut.

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan berjumlah RM20.6 juta disalurkan kepada seramai 11,330 penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 di pedalaman Sabah yang tidak mempunyai akaun.

Bagi program kali ini, seramai 356 penerima yang tiada akaun bank di Mukim Pagalungan, Pensiangan dan Tatalaan menerima bantuan tersebut.

Artikel Berkaitan: