X

Kindly register in order to view this article
!

Masjid di Xinjiang dinaik taraf

Gambar fail bertarikh 6 Julai 2016 menunjukkan umat Islam menari di hadapan Masjid Id Kah di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. -Foto Xinhua
A
A

URUMQI - Pemerintah tempatan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China telah menaik taraf beberapa buah masjid dalam beberapa tahun kebelakangan ini demi menambahkan keselesaan umat Islam beribadat serta melakukan aktiviti keagamaan.

Antara masjid yang menerima manfaat tersebut termasuklah Masjid Rastjama di bandar Aksu.

Imam masjid berkenaan, Mamat Ahat memberitahu, pada asalnya Masjid Rastjama bersaiz kecil dan binaan asasnya diperbuat daripada tanah liat dan kayu pada tahun 1980-an.

“Sebelum ini, kemudahan termasuk air, elektrik dan sistem pemanas sudah usang sejak 30 tahun lalu.

“Kami memang sudah mendambakan keadaan masjid ini untuk dinaik taraf sejak sekian lama,” katanya.

Difahamkan, pemerintah tempatan telah membangunkan tanah seluas 5,300 meter persegi untuk projek pembinaan sebuah masjid baharu yang mempunyai dewan solat seluas 1,400 meter persegi yang mampu menampung 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

Gambar fail bertarikh 12 September 2016 menunjukkan penduduk menari untuk meraikan Hari Raya Aidiladha di Urumqi. -Foto Xinhua
Gambar fail bertarikh 12 September 2016 menunjukkan penduduk menari untuk meraikan Hari Raya Aidiladha di Urumqi. -Foto Xinhua

“Keadaan sekarang lebih baik. Masjid yang baharu dilengkapi pendingin hawa untuk musim panas dan sistem pemanas untuk musim sejuk selain tandas serta tempat wuduk,” ujar Ahat.

Sementara itu, di kaunti Lop, daerah Hotan di selatan Xinjiang pula menyaksikan pembinaan semula Masjid Tawugazi yang berusia 40 tahun selepas didapati retakan pada bahagian dinding di dewan solat.

“Masjid baharu ini mampu menahan gegaran gempa bumi berskala 8 magnitud selain turut dilengkapi sistem penyaman udara dan pemanas bawah lantai,” kata Imam Ahmet Mehmut.

Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Wilayah Xinjiang, Mehmut Usman pula dalam reaksinya mengenai proses naik taraf masjid berkata, melalui pelbagai usaha seperti pembinaan baharu atau peluasan yang dilakukan sejajar dengan perancangan pembinaan bandar dan luar bandar, wilayah ini telah menaik taraf keadaan masjid sekali gus memenuhi keperluan penganut Islam, hingga disambut baik oleh tokoh-tokoh agama dan umat Islam. - Xinhua


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!