Kereta sport RM822,250 terlibat dalam nahas

McLaren 570s yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di tengah London pada minggu lalu. - Foto Twitter
McLaren 570s yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di tengah London pada minggu lalu. - Foto Twitter
A
A
A

LONDON - Perasaan sedih akan melanda dalam diri jika kereta sport yang dibeli dengan harga mahal terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menelan belanja yang besar untuk membaikinya.

Dalam satu kejadian yang berlaku baru-baru ini, sebuah kereta sport McLaren 570s yang berwarna merah jambu berharga kira-kira £150,000 (RM822,250) terlibat dalam kemalangan di tengah London dalam kawasan had laju perlahan iaitu 32 kilometer sejam.

Nahas itu mendapat perhatian seorang pegawai jabatan bomba London, Camden Simon Tuhill yang berkata, pihaknya menerima banyak laporan tentang kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kereta.

Beliau berkata, anggota bomba dari Euston bergegas ke lokasi kejadian di Marylebone dalam kejadian yang berlaku pada minggu lalu.

Menurut laporan portal berita MailOnline pada 12 Ogos lalu, seorang pemandu dipercayai hilang kawalan ketika memandu kereta tersebut yang mempunyai kelajuan sehingga kira-kira 327 kilometer sejam.

Artikel Berkaitan: