Peserta Pahang, Selangor menang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup

Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup dianjurkan dari 14 Februari hingga 14 Mei lalu sebagai sokongan yang ditunjukkan rakyat Malaysia kepada jenama Nestle selama lebih 100 tahun.
Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup dianjurkan dari 14 Februari hingga 14 Mei lalu sebagai sokongan yang ditunjukkan rakyat Malaysia kepada jenama Nestle selama lebih 100 tahun.
A
A
A

DUA peserta pusingan akhir yang menyertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dinobatkan sebagai pemenang peraduan berkenaan.

Mereka ialah Amirrul Hafiz Razak, 32, dari Temerloh, Pahang dan Wong Chee Soon, 40, dari Subang Jaya, Selangor.

Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM3,000 sebulan sebagai Gaji Seumur Hidup.

Dalam pada itu, pertubuhan amal yang dicalonkan oleh Amirrul iaitu Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) dan Yayasan Amal Malaysia yang dicalonkan Chee Soon masing-masing turut menerima wang tunia bernilai RM72,000.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, kemenangan Amirrul dan Chee Soon diharapkan dapat membantu dan menunaikan impian keluarga masing-masing.

“Kami benar-benar terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup.

“Kami teruja kerana dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup dianjurkan dari 14 Februari hingga 14 Mei lalu sebagai sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada jenama keluaran syarikat itu selama lebih 100 tahun.

Artikel Berkaitan:

Dianggarkan, lebih 850 rakyat Malaysia telah memenangi hadiah wang tunai kira-kira RM4 juta menerusi penganjuran peraduan berkenaan.

Wang tunai diberikan berupa hadiah mingguan sebanyak RM500 kepada 100 pemenang Gaji Satu Bulan, 15 pemenang Gaji Satu Tahun dan RM3,000 kepada dua pemenang Gaji Seumur Hidup.