Sancho gembira bersama Dortmund

SANCHO
SANCHO
A
A
A

Bintang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho mengakui gembira bersama kelab Jerman itu selepas turun beraksi pada perlawanan pramusim pertama menentang SCR Altach di Switzerland awal pagi semalam.

Menurut Sancho, dia bersedia untuk terus menabur bakti di Dortmund walaupun khidmatnya banyak ditagih pasukan lain termasuk hampir menandatangani kontrak dengan Manchester United baru-baru ini.

"Saya gembira bermain bersama pasukan ini. Buat masa sekarang fokus saya adalah bersama pasukan. Tidak timbul isu lain dan ia sama sekali tidak mematahkan semangat saya," katanya.

Sebelum ini, Dortmund telah meletakkan tanda harga berjumlah 108 juta pound (RM591.4 juta) ke atas Sancho. Namun, United menganggap nilai itu terlalu tinggi, sebaliknya mereka memberikan syarat tertentu tanpa mempedulikan tarikh akhir ditetapkan Dortmund.

Sancho dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mempertajamkan jentera serangan The Red Devils kerana dia pernah beraksi dengan beberapa pemain United seperti Marcus Rashford dan Jesse Lingard dalam skuad kebangsaan England.

Bagaimanapun, jendela perpindahan musim panas ini masih dibuka sehingga Oktober depan dan ia bermakna, Sancho masih boleh berpindah sekiranya ada pasukan yang sedia membayar harga yang ditetapkan Dortmund.

Artikel Berkaitan: