Kritikan bentuk pentadbiran lebih baik: Ahmad Said

Ahmad (kiri) berbual bersama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr Alias Razak di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. - Foto Facebook Ahmad Said
Ahmad (kiri) berbual bersama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr Alias Razak di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. - Foto Facebook Ahmad Said
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kritikan yang dilontarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said terhadap kerajaan negeri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bertujuan untuk membentuk pentadbiran yang lebih baik.

Ahmad yang juga Pengerusi UMNO Terengganu berkata, tindakannya beliau berbuat demikian supaya kerajaan dapat memberi perhatian serius terhadap isu diutarakan demi kepentingan rakyat serta memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.

“Ada beberapa perkara saya dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) utarakan ketika persidangan kali ini antaranya isu individu memegang banyak jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), individu yang tidak mempunyai ‘track record’ yang baik tetapi dilantik sebagai teraju utama syarikat GLC, syarikat luar Terengganu diberi projek, isu bantuan Covid-19 yang tidak saksama, isu usahawan, pertanian dan isu tanah di Besut.

“Ia adalah satu teguran dan kritikan membina kepada Kerajaan Terengganu agar mereka memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan. Ia demi kepentingan rakyat dan memperkukuhkan MN di negeri ini walaupun masih belum wujud kerjasama di peringkat pengurusan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu turut mengajak semua pihak supaya menyuburkan sistem demokrasi dengan perlu ada semak dan imbang terhadap kerajaan seperti dilakukan ketika Pas menjadi pembangkang sebelum ini.

Terdahulu, Ahmad mengkritik kerajaan negeri pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin lalu.

Sidang DUN Terengganu 'panas’ apabila ADUN Kijal itu membangkitkan beberapa isu termasuk mendedahkan terdapat individu yang mempunyai rekod yang tidak baik dan pernah dipecat, tetapi dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat syarikat.

Menjawab dakwaan terbabit, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelantikan beberapa individu ke jawatan penting dalam GLC bertujuan menyelesaikan kepincangan termasuk pengurusan dan tatacara kewangan syarikat selepas Pas mengambil alih kerajaan pada 2018.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pelantikan itu dibuat secara kontrak berdasarkan pengalaman dan kelayakan individu berkenaan.