X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada kes Covid-19 libatkan perhimpunan Najib

Dr Noor Hisham mengesahkan tiada kes positif Covid-19 libatkan perhimpunan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lepas
A
A

PUTRAJAYA - Tiada kes positif koronavirus (Covid-19) berkaitan perhimpunan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya terdapat kes positif virus itu pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Semalam Najib meluahkan rasa syukur di atas ketiadaan wujudnya kluster jangkitan Covid-19 yang dikaitkan terhadap beliau sebelum ini.

Kelegaan itu disuarakannya susulan semalam merupakan genap 15 hari selepas kem penghakiman Mahkamah Tinggi yang menyaksikan beliau disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd sekaligus menyaksikan tempoh inkubasi Covid-19 selama 14 hari sudah berlalu.

ARTIKEL BERKAITAN 'Alhamdulillah, tiada kluster Najib tercetus'

Dr Noor Hisham kecewa melihat perhimpunan di mahkamah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!