Aktivis politik tarik balik rayuan pembebasan Guan Eng

Guan Eng hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mendengar pertuduhan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.
Guan Eng hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mendengar pertuduhan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang aktivis politik Muhsin Abdul Latheef hari ini memfailkan notis penarikan balik rayuan Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi yang menggugurkan pertuduhan rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Peguam Dr Shamsher Singh Thind yang mewakili aktivis politik itu berkata penarikan balik rayuan itu dibuat susulan Guan Eng dan Li Koon kini sedang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth dan pihaknya berpendapat tidak perlu kes yang sama didengar lagi.

Beliau berkata, Muhsin sebelum ini telah dikecam kerana ada pihak yang beranggapan anak guamnya itu melakukan perkara tidak betul dengan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Guan Eng selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Li Koon daripada tuduhan rasuah membabitkan pembelian sebuah lot tanah dan banglo pada 2018.

"Muhsin memfailkan semakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keadilan dalam kes ini. Tetapi memandangkan sekarang, Guan Eng dan Li Koon kedua-dua pelaku kini telah dihadapkan ke mahkamah, biar mahkamah yang putuskan sama ada mereka bersalah ataupun tidak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: