Lembu, kambing diternak dalam hutan simpan disita

Penceroboh telah menjalankan aktiviti penternakan lembu dan kambing di Hutan Simpan Bukit Cherakah tanpa kebenaran.
Penceroboh telah menjalankan aktiviti penternakan lembu dan kambing di Hutan Simpan Bukit Cherakah tanpa kebenaran.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menyita sebanyak 27 ekor lembu dan 59 ekor kambing dalam operasi bersepadu dijalankan di kompartmen 14, Hutan Simpan Bukit Cherakah di sini semalam.

Operasi tersebut disertai seramai 200 penguat kuasa daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, tindakan berkenaan dilakukan ke atas penceroboh yang menceroboh Hutan Simpan Bukit Cherakah untuk menternak lembu dan kambing di kawasan itu tanpa kebenaran.

Beliau berkata, seramai tiga individu telah ditahan, manakala dua kandang lembu dan kambing serta sebuah pondok telah dirobohkan dalam operasi itu.

"Sebanyak 27 ekor lembu dan 59 ekor kambing telah disita dan kini disimpan sementara di Batu Arang.

"Barang-barang kes lain yang disita disimpan sementara di Stor Penyimpanan Jentera dan Barang Kes JPNS di Sungai Buloh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.< /p>

Sebanyak 27 ekor lembu dan 59 kambing telah disita dalam operasi dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di kompatmen 14, Hutan Simpan Bukit Cherakah semalam.
Sebanyak 27 ekor lembu dan 59 kambing telah disita dalam operasi dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di kompatmen 14, Hutan Simpan Bukit Cherakah semalam.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan apabila penceroboh gagal mengosongkan premis setelah notis terakhir diberikan pada Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

"Aktiviti ternakan lembu dan kambing yang dijalankan oleh penceroboh berkenaan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 32 (1) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

"Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.