X

Kindly register in order to view this article
!

MBSA gempur premis judi VIP di Sungai Buloh

Anggota penguat kuasa MBSA memusnahkan meja snooker di premis yang turut menawarkan perjudian atas talian hari ini.
A
A

SUNGAI BULOH - Sebuah premis perjudian bertaraf lima bintang yang berselindung di sebalik pusat snooker antara lapan premis yang disita oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Taman Bukit Rahman Putra di sini hari ini.

Premis terbabit yang mempunyai kira-kira 10 buah meja snooker mempunyai ruangan eksklusif untuk pelanggan VIP (kenamaan) yang dilengkapi dengan kemudahan wifi, makanan dan minuman serta suasana selesa.

Difahamkan pengunjung boleh menempah ruangan bagi membolehkan mereka bermain judi atas talian tanpa had waktu.

Pegawai Penguat kuasa MBSA, Rozaidi Ahmad berkata, dalam operasi berkenaan semua premis terpaksa dipecah masuk oleh anggota pengaut kuasa kerana berkunci.

"Lima premis pusat snooker menawarkan judi atas talian manakala tiga lagi hanya menawarkan judi atas talian dikenakan tindakan sitaan," katanya.

Sebahagian perabot yang disita dibawa ke depoh simpanan MBSA.
Sebahagian perabot yang disita dibawa ke depoh simpanan MBSA.

Menurut Rozaidi, antara barangan yang disita termasuk set perabot, kayu snooker manakala sebahagian besar kemudahan yang ada di dalam premis berkenaan dimusnahkan.

"Pihak TNB dan Syarikat Air Selangor turut melakukan pemeriksaan dan melakukan pemotongan bekalan air dan juga elektrik di premis terbabit bagi mengelakkan mereka beroperasi semula," katanya.

Semalam, MBSA membongkar sebuah premis yang dijadikan stor mesin judi 'Wukong' di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.

Sebanyak 12 set mesin perjudian berkenaan disita dari gudang yang dikunci ketika serbuan dalam operasi bersepadu berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!