Selangor catat tiga kes baharu Covid-19

 Selangor mencatatkan tiga kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,142 kes.
Selangor mencatatkan tiga kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,142 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan tiga kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,142 kes.

Selangor Task Force menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook menyatakan tiga kes baharu tersebut diklasifikasikan sebagai kes import melibatkan warganegara Malaysia.

"Statistik Covid-19 di negeri ini mencatatkan tiga kes baru dilaporkan yang diklasifikasikan sebagai kes import melibatkan warganegara Malaysia dan jumlah keseluruhan kes Selangor kekal dengan 2,142 kes.

"Bilangan kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan 15 kes baru manakala kes sembuh mencatatkan sebanyak empat kes menjadikan jumlah kes keseluruhan setakat ini sebanyak 9,129 kes setakat ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kebelakangan ini Selangor mencatatkan jangkitan tempatan yang minimum.

"Teruskan prestasi ini dengan disiplin pengamalan norma baru serta gunakan Selangkah sebagai perlindungan anda," katanya.

Artikel Berkaitan: