Lelaki bunuh bekas kekasih dijel seumur hidup

Bandar Kitzbuehel di Austria merupakan tempat peranginan popular bagi peminat-peminat ski. - Foto AFP
Bandar Kitzbuehel di Austria merupakan tempat peranginan popular bagi peminat-peminat ski. - Foto AFP
A
A
A

Vienna - Seorang lelaki Austria berusia 26 tahun dihukum penjara seumur hidup semalam kerana membunuh lima orang termasuk bekas kekasihya dengan sepucuk pistol pada bulan Oktober tahun lalu.

Lelaki itu turut mengaku membunuh saudara kandung wanita tersebut, ibu dan bapa serta teman lelaki baharu kekasihnya di sebuah resort peranginan di Kitzbuehel.

Hakim menyifatkan jenayah itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan perbuatan khianat kerana sebahagian mangsa diserang dan dibunuh ketika sedang tidur.

Pembunuh dan wanita yang berusia 19 tahun itu telah berpisah beberapa bulan sebelum kejadian.

Lelaki itu memberitahu mahkamah dia sudah berjumpa dengan bapa dan bekas kekasihnya sebelum serangan tersebut.

Selepas membunuh ibu dan bapa wanita itu, dia memanjat balkoni untuk berjumpa dengan kekasihnya bersama teman lelaki baharu wanita itu yang tidur di sebuah bilik.

Beberapa minit selepas melakukan pembunuhan, dia kemudian menyerah diri. - AFP

Artikel Berkaitan: