Tiga maut tren terbabas di Scotland

Gambar menunjukkan sebuah tren terbabas dekat Stonehaven, Scotland semalam. - Foto AFP
Gambar menunjukkan sebuah tren terbabas dekat Stonehaven, Scotland semalam. - Foto AFP
A
A
A

ABERDEEN - Tiga orang terbunuh apabila sebuah tren terbabas berikutan hujan lebat dan banjir di timur laut Scotland semalam.

Kemalangan itu berlaku pada waktu pagi berhampiran bandar Stonehaven kira-kira 25 kilometer ke selatan Aberdeen.

Berdasarkan imej daripada laporan berita di televisyen, asap kelihatan dari tempat kejadian.

"Adalah amat malang, walaupun terdapat usaha yang terbaik daripada kakitangan perubatan, kami boleh mengesahkan bahawa tiga orang maut di tempat kejadian," kata Polis Pengangkutan British dalam satu kenyataan.

Pemandu tren itu dipercayai antara salah seorang mangsa yang terkorban, menurut polis.

Enam orang lagi dimasukkan ke hospital, namun belum ada kenyataan jumlah mangsa yang mengalami kecederaan parah. - AFP

Artikel Berkaitan: