Premis barangan lusuh 'kantoi' beli kabel curi milik TNB

Antara kabel milik TNB yang dikesan di premis berkenaan.
Antara kabel milik TNB yang dikesan di premis berkenaan.
A
A
A

KLANG - Tindakan sebuah premis barangan lusuh di Kampung Rantau Panjang di sini membeli kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dicuri terbongkar selepas beberapa potongan kabel aluminium berkenaan ditemui di premis berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, menerusi pemeriksaan pada jam 2.50 petang di premis berkenaan, polis telah menemui beberapa kepingan kabel milik TNB yang dipercayai dicuri.

"Wakil TNB turut dipanggil ke lokasi dan mengesahkan bahawa premis tersebut tidak diiktiraf bagi pelupusan barangan milik mereka dan kabel itu dipercayai diperoleh secara tidak sah.

"Kami turut merampas 244 batang potongan kabel aluminium pelbagai warna, dua longgok potongan kabel, buku catatan jual beli dan beberapa barangan lain dalam operasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis bersama wakil TNB menjalankan pemeriksaan ke atas premis barangan lusuh tersebut.
Polis bersama wakil TNB menjalankan pemeriksaan ke atas premis barangan lusuh tersebut.

Menurutnya, polis menahan dua lelaki tempatan, dua warga Indonesia dan dua warga Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun yang berada di premis itu untuk siasatan lanjut.

"Menerusi siasatan awal, pihaknya mendapati semua suspek terlibat tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Semua suspek ditahan reman selama empat hari," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Perniagaan Sekenhend, Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 39(b), Akta Imigresan (bekerja tanpa permit sah) dan Seksyen 55B Akta Imigresen (menggaji pekerja tanpa permit sah).