Pasangan pengantin rai gelandangan

Perkongsian Dishan tular di laman sosial.
Perkongsian Dishan tular di laman sosial.
A
A
A

SRI LANKA - Sepasang pengantin baharu di sini menampilkan kelainan pada hari perkahwinan mereka apabila turut meraikan golongan gelandangan.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook milik Dishan Thilakshana, beliau dan isterinya tanpa segan silu menegur dan beramah mesra dengan mereka kurang bernasib baik di tepi jalan.

Dishan bersama isteri yang mengenakan pakaian pengantin berwarna merah semasa melakukan pengagihan makanan itu ternyata memberi pengalaman berharga kepada mereka.

Kata Dishan, memilih idea dengan meraikan golongan gelandangan di majlis perkahwinan jarang berlaku kerana kebiasaan meraikan kenalan dan sanak saudara.

Dia memberi piza dan air berkarbonat kepada gelandangan dan perkongsian penuh inspirasi itu menarik perhatian ramai.

Dishan berasal dari Matara juga tersentuh hati selepas salah seorang lelaki tua bertanyakan bagaimana cara memakan piza.

"Ramai yang kelaparan sebenarnya dan sebaiknya orang ramai perlu membantu dengan menderma makanan bagi mengisi perut mereka yang pastinya akan menggembirakan golongan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: