Jalan Kuala Sin-Pokok Machang siap hujung tahun

Siti Ashah (kanan) melakukan lawatan ke tapak pembinaan Tabika Kemas Bandar Sri Astana hari ini.
Siti Ashah (kanan) melakukan lawatan ke tapak pembinaan Tabika Kemas Bandar Sri Astana hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kerja-kerja pembinaan Jalan Luar Bandar dari Kuala Sin ke Pokok Machang, Bukit Selambau bernilai RM30 juta dijangka siap penghujung tahun ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, pembinaan kini mencecah 88 peratus.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas berkata, laluan sepanjang lapan kilometer melalui pesisiran Sungai Muda itu telah memendekkan jarak perjalanan berbanding 10 kilometer sebelum ini yang perlu melalui pekan Bukit Selambau.

"Pembinaan ini akan memberi manfaat pendekatan ekonomi antara Kuala Sin ke Pokok Machang selain kawasan sekitar Bukit Selambau termasuk Kampung Sungkup dan lain-lain untuk ke sekolah, klinik dan tidak mengganggu jalan luar," katanya ketika melawat tapak pembinaan Tabika Kemas Bandar Sri Astana hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, pembinaan Tabika Kemas yang ke-840 di Kedah itu membabitkan kos sebanyak RM466,000 meliputi ruang belajar dan taman botani dijangka boleh beroperasi pada Januari 2021.

"Ini merupakan Tabika Kemas yang kelima di Bandar Sri Astana, atas permintaan ibu bapa dan komuniti berikutan pertambahan bilangan penduduk mencecah 2,200 orang di kawasan ini," katanya.

Terdahulu, Siti Ashah melakukan lawatan tapak ke Jalan Luar Bandar yang memendekkan jarak antara Kuala Sin dan Pokok Machang, di Bukit Selambau pagi tadi.

Artikel Berkaitan: