X

Kindly register in order to view this article
!

Warisan nafi keluar kad pengenalan kepada PATI

Tangkap layar Facebook Darell.
A
A

SHAH ALAM - Parti Warisan Sabah (Warisan) sekali lagi menafikan parti itu mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presidennya, Datuk Darell Leiking menerusi Facebook beliau hari ini mengulas mengenai kad penduduk Kampung Melanta Tutup, Semporna yang didakwa digunakan di Sabah seperti tular di laman sosial.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang kecewa dengan tuduhan tersebut berkata, parti itu akan membuat laporan polis terhadap dakwaan berkenaan.

"Warisan tidak pernah mengeluarkan kad seperti ini. Ini adalah perbuatan pembangkang untuk mengaitkan Warisan dengan PATI.

"Warisan akan membuat laporan polis bagi menyiasat dalang di sebalik pengeluaran kad ini," catatnya di Facebook beliau hari ini.

Kad penduduk Kampung Melanta Tutup Semporna didakwa digunakan di Negeri Di Bawah Bayu itu yang tular di media sosial dengan mengaitkan parti itu hari ini.
Kad penduduk Kampung Melanta Tutup Semporna didakwa digunakan di Negeri Di Bawah Bayu itu yang tular di media sosial dengan mengaitkan parti itu hari ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Darell berkata, beliau akan keluar daripada parti itu sekiranya ada bukti bahawa Warisan memberi kad pengenalan kepada PATI di Sabah.

Sambil menyatakan letih dan bosan dengan tuduhan yang dibuat terhadap parti tersebut, beliau menegaskan, Warisan tidak melakukan aktiviti seperti itu untuk memberi pengesahan sebagai rakyat negara ini kepada golongan terbabit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!