Liverpool mahu trofi juara lagi!

 Sadio Mane
Sadio Mane
A
A
A

PEMAIN sayap Liverpool, Sadio Mane masih dahagakan kejayaan walaupun telah memenangi empat kejuaraan bersama pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Menurutnya, dia menuntut Liverpool menjadi lebih kuat musim depan dan meraih lebih banyak trofi dalam usaha memastikan mampu terus menjadi pasukan terkuat di dunia.

"Saya sentiasa ingin menang segalanya. Ketika saya membantu pasukan menang Liga Juara-Juara, saya juga ingin menang EPL. Sekarang saya telah menang Liga Juara-Juara dan EPL.

"Sudah tentu saya ingin menang kedua-duanya sekali lagi. Bagi saya, semua trofi itu penting. Kami tidak pilih trofi mana yang mahu dimenangi. Kami hanya mahu terus menang dan menang lagi," katanya.

Untuk rekod, Mane telah membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Jaura pada tahun lepas sebelum turut menjuarai Piala Super Eropah dan Piala Dunia Antara Kelab sebelum meraih trofi EPL tahun ini.

"Kami tidak boleh merasa puas. Ada banyak lagi yang perlu kami menang dan membuktikan Liverpool bukanlah juara semusim. Ia memerlukan kerja berat dan kesungguhan yang lebih tinggi.

"Saya percaya kami boleh mengulangi kejayaan gemilang ini pada musim depan dan meneruskannya untuk beberapa tahun lagi," katanya.

Liverpool berpeluang meraih trofi seterusnya dalam masa terdekat dengan The Reds selaku juara EPL akan menentang Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley pada 29 Ogos ini.

Artikel Berkaitan: