Entiti misteri intai bayi

Entiti misteri intai bayi tular di laman sosial.
Entiti misteri intai bayi tular di laman sosial.
A
A
A

JAKARTA - Sebuah video menunjukkan penampakan 'entiti' misteri sedang melihat bayi tidur yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) baru-baru ini tular dan menjadi bualan hangat netizen.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @lexibruner04 itu dikongsi oleh @perkedeeeeel semalam, lapor Liputan6.

Rakaman yang ditonton lebih dari 15 juta kali dan mendapat 2.1 juta tanda suka itu menjadi perdebatan hangat warganet mengenai 'entiti' yang muncul di katil bayi tersebut.

Berdurasi kurang dari satu minit itu memperlihatkan penampakan 'entiti' misteri yang mengerikan sedang mengintai bayi dari celah penghadang katil.

Lebih menyeramkan apabila melihat mata entiti misteri itu bersinar sebelum ‘hilang'.

Rata-rata daripada warganet turut terkejut dan seram melihat penampakan itu dan ada yang mengaitkan dengan makhluk halus.

Ada juga yang berpendapat, mata bersinar itu mungkin kucing atau ahli keluarga bayi berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak berhubung 'entiti' itu dan terus kekal misteri.

Artikel Berkaitan: