Kerajaan tubuh Majlis Kemakmuran Bumiputera

Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera sebagai platform tertinggi untuk memperkasakan pembangunan sosioekonomi kumpulan tersebut.

Majlis Kemakmuran Bumiputera itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan menjadi agensi penyelaras utama pembangunan sosioekonomi bumiputera.

"Teraju akan menjadi penyelaras tunggal bagi pangkalan data bumiputera merentas kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi meningkatkan ekonomi bumiputera khususnya yang semakin ramai menganggur dan hilang pekerjaan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, bumiputera akan diberikan lonjakan berganda menerusi pembentukan budaya keusahawanan di pelbagai peringkat untuk menjadikan golongan itu sebagai bangsa usahawan.

"Budaya keusahawanan ini akan terus dipupuk secara bersepadu melalui peranan pelbagai agensi seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tekun Nasional (Tekun) serta agensi mandat bumiputera," katanya.

Artikel Berkaitan: