Suami isteri guna jalan tikus, lolos PKPD Pentadbiran ditahan

Polis menahan sepasang suami isteri di Kampung Ulu, Padang Sanai di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran kerana melanggar perintah keluar untuk ke pekan Kuala Nerang.
Polis menahan sepasang suami isteri di Kampung Ulu, Padang Sanai di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran kerana melanggar perintah keluar untuk ke pekan Kuala Nerang.
A
A
A

KUALA NERANG - Polis menahan sepasang suami isteri di Kampung Ulu, Padang Sanai di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran kerana melanggar perintah keluar untuk ke pekan Kuala Nerang.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, dalam kejadian minggu lalu, pasangan masing-masing berusia 50-an itu memberi alasan keluar rumah untuk membeli barang keperluan.

"Pasangan itu ditahan kerana telah melanggar PKPD Secara Pentadbiran dan akan dituduh mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali " katanya pada sidang akhbar di IPD Padang Terap di sini hari ini.

Empat sekatan jalan raya diadakan di laluan empat kampung yang dikenakan PKPD Pentadbiran di daerah Padang Terap.
Empat sekatan jalan raya diadakan di laluan empat kampung yang dikenakan PKPD Pentadbiran di daerah Padang Terap.

Mulkiaman berkata, pasangan berkenaan juga didapati menanggalkan gelang putih dan merah jambu sebelum keluar rumah dan melalui laluan tikus untuk ke pekan Kuala Nerang.

"Polis telah menahan kedua-duanya selepas Pejabat Kesihatan Daerah melaporkan perkara tersebut selepas mereka tiada di rumah semasa pemeriksaan dilakukan," katanya.

Beliau turut mengingatkan penduduk yang berada di kawasan PKPD Pentadbiran agar tidak keluar dari kawasan tersebut menggunakan laluan tikus bagi mengelakkan wabak koronavirus (Covid-19) menular ke kawasan lain.

Menurutnya, Kampung Ulu, Kampung Kubang Palas, Kampung Seberang dan Kampung Chenderai yang dilaksanakan PKPD Pentadbiran itu mempunyai banyak laluan tikus.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak empat sekatan jalan raya yang dilakukan di sekeliling kampung dan sekitar kawasan itu. Polis memohon agar semua pihak mematuhi PKPD Pentadbiran.

"Semua pergerakan masuk dan keluar daripada kawasan yang terlibat adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan hendaklah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tindakan tegas akan diambil sekiranya ingkar PKPD Pentadbiran.