PDRM perlu kerjasama agensi lain bendung rokok seludup: KPN

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengalu-alukan kerjasama agensi penguatkuasaan di negara ni dalam usaha melumpuhkan kegiatan pengedaran dan penjualan rokok seludup.

Abdul Hamid berkata, pihaknya kini berdepan kekangan kerana lebih 50,000 pegawai dan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa dikerahkan dalam penugasan membanteras penularan pandemik Covid-19.

"Bagaimanapun, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, giat melaksanakan operasi dan serbuan membanteras kegiatan penyeludupan rokok," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, Jabatan KDNKA telah mewujudkan satu pasukan khas yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara PDRM dan Pasukan Polis Marin serta Cawangan Khas (SB) Bukit Aman bagi menumpukan laluan utama penyeludupan di kawasan pantai dan sempadan seluruh negara

"Justeru, apabila ada rokok seludup sampai ke kedai yang menjualnya, kerjasama daripada agensi berkaitan amat dialu-alukan untuk bersama membanterasnya," katanya.

Artikel Berkaitan: