Pemain senior Die Borussen gembira Sancho masih di Dortmund

Can dan pemain senior Die Borussen gembira Sancho masih di bumi Dortmund.
Can dan pemain senior Die Borussen gembira Sancho masih di bumi Dortmund.
A
A
A

TONGGAK Borussia Dortmund, Emre Can gembira apabila pemain muda kelab itu Jadon Sancho kekal di Dortmund pada ketika Manchester United berusaha mendapatkan khidmatnya.

Menurut bekas tonggak Liverpool itu, isu perpindahan yang melingkari bekas produk Manchester City berusia 20 tahun berkenaan turut mendapat perhatian pemain senior kelab Jerman tersebut.

"Saya secara peribadi sangat gembira apabila Sancho masih tinggal di Dortmund. Bagi saya dia sudah pun menjadi pemain kelas dunia di sini.

"Secara jujur Sancho sangat penting bagi kelab ini. Saya amat berharap dia akan terus menjaringkan banyak gol sekali gus memantapkan kerjasama dalam kalangan kami sebagai satu unit untuk memenangi sebanyak mungkin perlawanan domestik atau di Eropah," katanya.

Senada dengan Can, Erling Haaland juga berkata: "Sancho merupakan pemain yang hebat, jadi saya sangat gembira apabila dia masih bersama Dortmund. Saya yakin dia akan memberikan saya beberapa gol pada masa sama saya juga akan memberikannya gol."

Sementara itu, Mats Hummels berkata: "Semua orang melihat Sancho dengan sangat positif. Kami sebenanya tidak perlu berpendapat bahawa Sancho adalah pemain yang luar biasa.

"Sancho masih muda, dia boleh menjadi pemain yang dapat membuat semua perbezaan dalam banyak permainan, potensinya relatif tidak terbatas.

"Sekiranya Sancho ingin menunjukkannya bersama kami selama satu tahun atau lebih, saya tentu akan sangat gembira. Adalah sangat penting bahawa anda perlu mengetahui bahawa seseorang pemain itu tidak selalu mendapat peluang yang tinggi untuk berada dalam kesebelasan utama sekiranya bermain di luar."

Artikel Berkaitan: