Duda dan janda dipenjara kerana khalwat

Tertuduh wanita dan lelaki sewaktu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu.
Tertuduh wanita dan lelaki sewaktu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Sepasang duda dan janda dipenjara setelah mengaku bersalah berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu hari ini.

Janda anak empat yang berusia 54 tahun itu didenda RM2,800 dan enam bulan penjara serta turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pasangannya yang berusia 37 tahun pula didenda RM2,800 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda itu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh dihantar ke penjara selepas gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu berkhalwat.

Berdasarkan pertuduhan, mereka telah ditahan di dalam sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu pada jam 9.45 pagi semalam.

Difahamkan, tertuduh wanita sebelum ini pernah didenda RM2,600 kerana kesalahan sama pada April 2017.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Nurul Taqwa Hasbul.

Artikel Berkaitan: