Tiada permohonan Tun M daftar parti baharu: ROS

Dr Mahathir semalam mengumumkan nama parti baharu yang akan diterajuinya bersama Mukhriz dan lima ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Dr Mahathir semalam mengumumkan nama parti baharu yang akan diterajuinya bersama Mukhriz dan lima ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada sebarang permohonan pendaftaran parti politik baharu dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) oleh kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga setakat semalam.

ROS dalam satu kenyataan berkata, penjelasan itu berdasarkan semakan rekod berhubung perkara berkenaan yang telah dibuat pihaknya.

Menurutnya, ROS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur ditetapkan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) sekiranya permohonan dikemukakan.

"Sekiranya terdapat sebarang permohonan, ROS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur yang ditetapkan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

7 Ogos lalu, Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan sebuah lagi parti Melayu baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tubuh parti baharu, tidak terikat dengan PH atau PN

Jika mahu tebus maruah pilih parti Pejuang: Tun M

Dr Mahathir berkata, beliau dilantik sebagai Pengerusi parti itu manakala Datuk Seri Muhkriz Mahathir pula sebagai Presiden.

Artikel Berkaitan:

Semalam, dengan gaya bersajak, Dr Mahathir mengumumkan nama parti baharu yang akan diterajuinya bersama Mukhriz dan lima ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Keputusan drastik itu diambil selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetepikan saman Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen yang mencabar pemecatan mereka daripada Bersatu.