X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga kecil Bandar Baru Sungai Buloh disaran tubuh persatuan

Khairuddin mengadakan pertemuan dengan peniaga kecil di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini.
A
A

SUNGAI BULOH - Peniaga kecil di Bandar Baru Sungai Buloh disaran untuk menubuhkan persatuan bagi memudahkan penyelesaian isu membabitkan mereka di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, dengan adanya persatuan itu nanti ia dapat membantu menyelesaikan peniaga tidak berlesen yang terkesan kerana tidak berniaga.

"Kita mahu mudahkan mereka dan paling penting ia tidak akan membabitkan peniaga warga asing tetapi untuk warganegara Malaysia sahaja," katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 80 peniaga di kawasan berkenaan hari ini.

Menurut Khairuddin, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyelesaikan isu berkenaan.

"Kita cuba selesaikan, saya amat bersimpati dengan peniaga yang tidak dapat mencari rezeki disebabkan isu video tular ini," katanya

Khairuddin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyelesaikan isu peniaga tidak berlesen.
Khairuddin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyelesaikan isu peniaga tidak berlesen.

Mengulas lanjut mengenai tangkapan ke atas penguat kuasa MBSA kerana dipercayai terbabit dengan rasuah, beliau menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Mereka (penguat kuasa) yang ditahan tidak dianggap bersalah sehingga mahkamah putuskan, kita tunggu," katanya.

Kawasan Seksyen U20, Bandar Baru Sungai Buloh di sini digempur dengan serbuan berterusan pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk MBSA dengan sejumlah 19 premis disita dalam satu operasi bersepadu semalam.

Serbuan pelbagai agensi penguat kuasa undang-undang itu susulan video tular yang mendedahkan kegiatan kedai judi haram dan penjualan rokok seludup yang didakwa beroperasi di sekitar kawasan itu oleh seorang peniaga burger yang dikenali sebagai Asri Janggut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!