Israel serang kedudukan Hamas di Gaza

Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam. - Foto AFP
Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam. - Foto AFP
A
A
A

GAZA CITY - Tentera Israel mengebom kedudukan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.

Tiada korban jiwa dilaporkan memetik Kementerian Kesihatan Palestin.

Pegawai Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap beberapa belon api yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke atas Israel. - Bernama

Artikel Berkaitan: