Ibu maut, anak selamat kereta terjunam dalam sungai

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbalik dalam nahas di Jalan Salidin-Sungai Pari, Ipoh pagi tadi.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbalik dalam nahas di Jalan Salidin-Sungai Pari, Ipoh pagi tadi.
A
A
A

IPOH - Seorang warga emas maut apabila kereta dipandu anaknya terbabas sebelum terjunam dan terbalik dalam sungai di Jalan Salidin-Sungai Pari di sini pagi tadi.

Mangsa M Vijaya Latchemy, 60, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai terperangkap dalam kenderaan itu sementara anaknya berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II, Khairuddin Hussin berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 6.26 pagi dan sebaik tiba di lokasi, pihaknya dimaklumkan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam kereta.

"Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira lima minit sahaja, mangsa masih dalam keadaan memakai tali pinggang keledar dan berjaya dibawa keluar melalui salah satu pintu kereta itu.


Mangsa diberikan bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Mangsa diberikan bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

"Sebaik dibawa ke tebing, mangsa diberikan bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi," katanya.

Menurutnya, saksi memberitahu bahawa anak mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu.

"Mungkin keadaan kereta yang terbalik dan kedalaman sungai hampir satu meter menyebabkan mangsa sukar menyelamatkan diri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi yang disertai 10 anggota bersama sebuah jentera dan satu kenderaan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ( EMRS) itu tamat pada jam 7.30 pagi.